Kau Permudahkanlah Urusan kami ..

Ya Allah,kau permudahkan lah segala urusan kami Ya Allah..Cepatnya masa berlalu..pejam celik pejam celik sekejap dah nak akhir tahun kan....Kau satukan lah Hati kami Ya Allah...


Cinta Bersatu :)

Ya Allah , macam macam penyakit ek . Jangan mengeluh dhiya  . Itu semua dugaan Allah . Terima dengan hati terbuka ok ! Ok , dalam sakit sakit nie sebenarnya aku nak kongsi aku la orang yang sangat gembira disaat ini ! Alhamdulillah apa yang aku impikan kini semakin aku kecapi . Alhamdulillah , kami telah direstui oleh kedua belah pihak ! Syukur Alhamdulillah . Setelah banyak halangan rintanganb cabaran yang kitaorang lalui akhirnya kini apa yg kami inginkan semakin dekat untuk dikecapi . Terima kasih atas berkat doa semua . Syukur Alhamdulillah . Merisik dah selesai . Insyallah kitaorang nak bertunang tak lama lagi . Dalam target kitaorang nak buat hujung tahun nie ataupun mungkin masa birthday kitaorang nanti bulan Mac .  Alhamdulillah macam tak percaya je . Kitaorang tak sampai pun setahun lagi , tapi alhamdulillah berkat doa kami berdua akhirnya sampai kesini dah hubungan kitaorang . Teringat pula masa mula2 jatuh cinta kat show train,monorail . Dua bulan tanpa henti . Mungkin jodoh kitaorang kot  . Terima kasih semua terutama mama ayah and semua kakak kakak abg yang banyak support kitaorang . Terima kasih jugak mak abah along kakngah kakde yang banyak support dhiya dari awal kita kenal sampai la sekarang terutama along yang sangat lah banyak bgi semangat kat dhiya . Insyallah mak abah dhiya akan jadi menantu yang terbaik . Hehe! Sayang semua , Untuk member2 aswara yang banyak bgi support thank you so much ! Sayang semua .
Lepas nie , dhiya akan start stay kat putrajaya then kat cheras . Nanti weekend kitaorang akan balik kampung melaka and kluang ok . Mama ayah mak abah jangan risau okeys ! Insyalllaahh kitaorang ok . 
Untuk b , my dear one fiancee tahniah sebab dapat The best Of Peta ! Awak memang the best and the good students . Tak sabar nak tunggu lagu kita play kat radio kan b? heh , tahniah b ..usaha b memang mendatangkan hasil . Insyallah b ... dengan apa yang kita ada sekarang nie insyallah b kita mampu kan b ..
Ya Allah , semoga apa yang kami rancangkan akan menjadi mudah dan terlaksana ya Allah . Terima kasih kerana engkau telah temukan kami . Terima kasih ,. Alhamdulillah ,...

PETA

 SEKITAR PETA :)

 NASRULHAQ SHAHDAN , DHIYA AND MAMA SAYANG :)



MAK HALIJAH , NASRUL , DHIYA AND MAMA :)


COUNTING DAYS :)

PETA is around me and b . God , please make our heart strong . Penilaian Tahun Akhir . Risau sangat2 , aku boleh pulak kena ulser . Sumpah sakit , tak terdaya . B dah risau dah , minum air byk2 then aku makan pun kena makan benda2 yg lembot . Tadi makan soup sayur lepas practice . Harap2 kitaorg daat perform yg terbaik sabtu nanti , doakan kitaorg tau .  Esok , jumaat dah . Last practice dengan Redeem Section . Then , sabtu pagi2 dah fulldress rehesal dengan redeem section and five part horn . Then , siap2 malam dah perform . Insyallah , aku akan perform sebaik mungkin . B , we try to do the best ok PETA nie , insyallaah . Aminn!!!!
Time practice tadi jumpa budak2 vokal , semua tegur aku kata aku sangat2 la kurus dah macam lidi dah .. nak bawak badan pun tak larat dah . Kena tiup angin pun boleh  terbang la .. ayoooo , muka pun pucat je ..
tapi tak apa, jgn risau 9hb nie nanti mesti aku pakai cantik2 .. haahahah ... kena tutup kesakitan walaupun sakit!! hahahaha ...Doakan Peta kami tau ..:)

Hanya TUHAN Sahaja Yang Tahu

           Tiba-tiba aku rasa macam nak menangis . Ya Allah , kenapa berat sangat dugaan yang engkau turubkan untuk hambamu ini ya Allah . Bila difikirkan apa yang doktor cakap , surat tu semua aku rasa macam dah singkat masa untuk aku ada kat depan mata semua orang . Makin hari makin terok sebenarnya keadaan aku . Cuba bayangkan , berat badan aku sekarang dah cecah 38kg . Setiap orang yang jumpa aku , mesti tegur aku kenapa aku kurus macam nie sekali , kenapa aku makin susut . Nak buat macam mana , aku pun tak tahu dah ckap mcm mana lagi dah . Maybe sebab sakit aku and maybe jugak sebab aku terlalu memikirkan  kesihatan and diri aku . Bagi siapa yang tahu kenapa aku maybe dorang paham apa yang sedang aku alami , tapi tak ramai yang tahu kan ? Hanya  2 peratus je yang tahu  . Maafkan aku , bukannya aku tak nak bgtau , tapi aku tak nak korang risaukan keadaan aku yang semakin membimbangkan nie . Hujung bulan jun nie aku akan balik , tolong la ya Allah , apa pun yang terjadi aku nak aku ada denga family aku . Ya Allah , kau kuatkan lah hamba mu ini ya Allah  . Kawan-kawan , maafkan aku jika kita pernah berselingkuh , maafkan aku jika aku pernah menyakiti , mengecewakan kau , aku tak terdaya lagi  . Aku hanyalah manusia biasa  . Aku punyai alasan tersendiri mengapa aku berkelakuan begitu . Maafkan aku , mungkin kau akan paham suatu hari nanti . Maafkan aku .......................................................................
Ketika saat ini , insan lemah seperti aku hanya ingin merasa kegembiraan . Aku hanya ingin orang2 yang aku sayang ada disisi ku setiap saat . 


Layang-layang , tolong .. Tolong sampaikan pesan aku ini kepada orang yang aku sayang , orang yang masih dihati aku , orang yang sentiasa beri semangat kepada ku setiap saat dan ketika  , orang yang sentiasa membuat aku kuat , yang ada dibelakang aku , rakan-rakan , sahabat handaiku, ahli keluarga ku ..beritahu mereka , walau apa pun jadi , aku sentiasa dihati mereka , jgn risaukan keadaan aku , aku hanya ingin mellihat mereka ketawa kegembiraan didepan aku bukannya tangisan bila mereka melihat aku terlantar dikatil hospital tanpa berbicara hanya mampu mengalirkan air mata . Beritahu mereka , aku sayangkan mereka . Aku minta maaf , kerana menyembunyikan keadaan aku yang sebenar . Beritahu mereka juga , aku hanya ingin doa dari mereka dan kata2 semangat untuk aku terus bernafas mewarnai hari2 mereka .
Aku sayang mereka semua ................................................................

PUTERI'S BIRTHDAY SURPRISE !



PUTERI DENGAN MAMA . BADMOOD SEBAB TAK SUKA SURPRISE






SAYA NAK MAKAN SEMUA . PLEASE SEMUA KE TEPI . SORRY , MUKA SUSUT , TAK TEMBAM DAH . BADAN SUSUT . BERAT DAH JADI 39KG . BIASA LA , ORANG BERPENYAKIT MCM NI LA , SIAPA YG TAK TAHU TU NANTI KATA LA SAYA NI ASYIK MAKAN HATI JE  . HURMMM ..KESIAN KAN ....






PUTERI DENGAN MAMA . PUTERI MERAJUK . KAKLONG TENSION , PUTERI BUAT MUKA . HAHHAHH ..






PUTERI DENGAN KAK DHIYA a.k.a MOKCU ..DAPAT HADIAH BESAR!




PUTERI DAPAT HADIAH DARI POKCU DENGAN MOKCU . HEHE , SORRY MUKA KITAORANG AGAK SERABOT SEBAB BARU BALIK PRACTISE TERUS DATANG SINI . MAKAN BANYAK KENYANG WOO ..




ACTUALLY , BANYAK LAGI GAMBAR YANG AKU NAK UPLOAD TAPI APA KAN DAYA , AKU MALAS . NANTI LA EK UPLOAD .  ESOK PRACTISE SAMPAI MALAM WOO ,......B , STANBY , ESOK KITA KELETIHAN LAGI , MAKAN PUN ENTAH INGAT TIDAK EK . TO MAMA , REALLY MISS YOU . TO MAK HALIJAH KAT KLUANG TU , DHIYA RINDU NAK MAKAN MAK MASAK UDANG . NANTI DATANG KL TIME PETA MAK MASAK UDANG TAU , NANTI KITA MAKAN RAMAI2 . KALAU NASRUL TAK BAGI DHIYA MAKAN DHIYA TAK NAK KAWAN DIA . SAYANG MAMA HABSAH DENGAN MAK HALIJAH .

TUESDAY 05JUNE12

Hey Guys !! Tak boleh nak tidur lagi nie . Dah pukul 4.30 pagi dah nie . Baru dapat rest! Lama jugak ek tak updates blog . Sorry sebab busy sikit . Berminggu minggu tak puas tidur , siapkan Laporan PETA ( Penilaian Tahun Akhir ) . Tadi , sehari suntuk prektis . Kesian Nasrul Haq , penat tengok dia . Print out skor la, apa la... praktis la.. tak penat ke ek?? Gila tak penat , comferm la penat kan!
Minggu nie memang praktis je , 7 Jun dah Full dress Rehesal . 9hb dah PETA . Hope kitaorang boleh buat yg terbaik . Bukan senang , aku bawak nama orang nie , nyanyi lagu ciptaan dia . Insyalllah , kita sama2 buat yang terbaik okey ! Dress tak carik lagi ,  Suit Nasrul pun tak carik lagi . Dia conduct nanti , so aku nyanyi kena tendgok dia la nanti . Baju maybe kitaorg pakai sedondon kot . Tak sure , masa dah singkat tapi tak sempat2 nak membelinya . Ayooo!
Lagi apa ek nak story , ha! Last weekend , pergi celebrate birthday si puteri kecik tu . Makan kat Ampang  . Belikan  dia hadiah . Then , g karoeke dengan along and semua . The hold day aku rasa letih sesangat . Nanti saya upload picture okeys . FB sekarang dah malas nak update apa2 la, sebab macam dah boring . So malas .
Ha .. apa2 pun, korang doakan aku ngan nasrul perform the best ok 9hb nie . Meh la dtg ramai2 kat Aswara! Mama , ayah , adik datang . Family Nasrul pun datang :)
Oh ye , lupa pulak . Maybe dalam minggu nie aku ada balik melaka kejap . Pergi hantar barang then , nak amek dress pendek kat rumah . Balik dengan nasrul  sebab family dia ada holiday kat afamosa , we all tak boleh nak join sebab asyik kena practise je , so datang balik hari jelah . Nanti singgah la rumah mama jumpa dia! Kesian mama sorang kat rumah semenjak nenek meninggal nie . Rindu aerwah nenek , alhamdulillah aku la yang terakhir dengan nenek , yang mengucap sebelah telinga nenek . Al-Fatihah untuk nenek .