Setiap Tangisan pasti ada baiknya

Berat untuk aku katakan , kadang kala ada juga aku terasa hati dengan apa yang jadi . Cuma , aku tak nak tunjuk . Aku paham situasi tu . Kalau aku tunjuk , mungkin pelbagai kemungkinan yang akan terjadi . Apa yang aku boleh buat , adalah terima apa yang jadi , senyum then teruskan perjalanan yang sudah aku lalui hampir setengah jalan ini . Lebih baik aku terus tersenyum dan memikirnya secara positif . Setiap orang punyai pemikiran yang berbeza . Setiap kata mampu mencerminkan seseorang itu . Dan aku , mungkin aku dianugerahkan sebagai penulis muda disebabkan karya aku yang penuh dengan bahasa2 puitis dan bukan senang utk mengupas dan memahaminya . Dan mungkin , sebab itu juga sangat la susah untuk siapa sahaja memahami ku , lalu mengecewakan aku?? Adakah begitu?
Tak semua senyuman ada keihklasa disebaliknya . Tak semua tangisan ada kesedihannya . Tapi kita perlu tahu , didalam setiap senyum yang sinis ada duka didalamnya , ada keperitan yang sedang dia alami , ada pelbagai rasa kecewa didalamnya . Perlu juga kita ketahui , setiap gelak tawanya ada  maksud tersendiri .
Tidak semua benda yang kita lakukan , mampu menghiburkan hati seseorang itu , tidak semua!
Walaupun kadang kala niat kita suci , niat kita betul tapi pada masa yang sama ia hanyalah melukakan seseorang itu , ia hanyalah menyusahkan seseorang itu , ia hanyalah  membuatkan seseorang itu sedih , kecewa!!
Dan tahu kah org itu bahawa , apa yang kita lakukan itu hanyalah semata mata ingin melihat dia mendapat kesenangan? Gembira??  semestinya, dia tidak tahu .
Sayangnya , usaha kita untuk menggembirakan dia hanyalah sia sia . Dan kita pula mula terasa hati seolah olah apa yang kita lakukan seperti tidak dihargai . Nescaya , pada saat itu la kita akan rasa diri ini tidak lagi diperlukan . Tapi ,kita masih lagi gigih berusaha tanpa henti , kita senyum , dan kita teruskan senyuman itu walaupun dalam tangisan .
  *Setiap tangisan , ada baiknya .

MelodhiyAku

Mungkin belum sampai masanya untuk kau mengerti semua ini . Rasa sayang dan cinta tu bukannya paksaan . Setiap apa yang kita lakukan , setiap apa yang kita luahkan ,apa yang kita fikirkan semuanya bersebab . Ya, aku jujur dengan kau . Aku semakin takut untuk kehilangan kau . Aku akui , memang aku tidak pernah tunjuk dan memaparkan setiap apa yang aku lakukan . Aku ingin kau tahu , setiap saat setiap waktu aku berusaha aku memikirkan bagaimana caranya untuk memastikan yang aku tidak akan kehilangan kau . Semangat dalam hati jiwa aku nie tak pernah luntur untuk aku memiliki kau sepenuhnya , untuk aku menjaga kau sepenuhnya . Pernahkah engkau tahu semua itu?? Tidak bukan? Pernah kah engkau tahu yang aku sentiasa mendoakan agar pertemuan aku dan kau bukan lah sia sia? Pernah kah engkau mengerti disetiap lena ku aku membayangkan yang engkau telah menjadi milik aku sepenuhnya? Pernahkah engkau tahu yang aku sentiasa menyebut namamu didalam setiap doaku , didalam setiap detik dan masa ku??
 Mungkin saat ini , masih terlalu awal untuk aku memiliki kau sepenuhnya  . Mungkin , ini adalah masa yang diberi oleh Allah untuk aku membaiki diri aku yang terlalu kudus untuk memiliki kau . Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya . Aku akan pastikan , penantian aku bukan lah sia sia . Bukan sia sia tapi sebenarnya penantian itu adalah sesuatu yang membawa kebahagian . Walaupun secara jujurnya, penantian itu adalah satu penyeksaan . Sangat seksa , dan terlalu berat untuk aku mengatakannya .
Umpama suami bermadukan dua ataupun tiga isteri . Tapi apakan daya , kalau itu yang tertulis kita kena la kuat kan? Untuk apa kita terima cabaran  kalau kita tak kuat . Betul tak? so , aku dalam cabaran tu sekarang nie . Nak tak nak , aku kena teruskan apa yang aku dah rasa . Usaha tetap usaha . Walaupun kau tak pernah nampak usaha dan semangat tu , tapi percayalah . Suatu hari nanti engkau pasti akan terdiam apabila semuanya telah terbukti . Dan kau pastikan terus tersenyum dan menitik kan air mata kau . Airmata kau yg jatuh pada ketika itu melambangkan , yang engkau benar benar hargai kehadiran aku dalam hidup kau .
         Bukan cara aku untuk bersaing mendapatkan kau , bukan cara aku untuk bersaing mendapatkan luaran engkau . Tapi aku bersiang berjuang , untuk memiliki dalaman engkau . Hati , cinta , jiwa , keikhlasan . Itu lebih penting bagi aku , aku perlukan itu semua . Memilik luaran engkau tidak bermakna aku mampu memliki dalaman engkau . Tapi , bila aku benar benar memiliki dalaman kau , sudah pasti dan aku yakin engkau sepenuhnya telah aku miliki . Aku akan bersaing dengan cara yang sehat tanpa menjejaskan org lain . Orang kata , biar kita terluka , terasa hati dulu . Nanti lama lama baru kita akan rasa kesenangan kebahagian tu . Tambah tambah lagi bila sepenuhnya sesuatu yang kita tunggu menjadi milik kita, bukan utk seketika malah untuk selamanya .


         Aku tak pernah paksa perasaan tu datang , aku tak pernah minta semua nie terjadi . Tapi ia datang sendiri dalam keadaan aku tidak sedari , aku mula jatuh hati , aku mula jatuh cinta . Sumpah! Aku cuba menafikannya , tapi ternyata aku tidak terdaya untuk menafikan perasaan itu . Aku tak boleh nak tipu hati aku , aku tak mampu!! Aku tak mampu untuk  mengatakan yang aku tidak menyukai kau !! 
Dan kini, aku dah tahu kenapa aku tidak boleh menafikannya . Terima kasih.
Seseungguhnya, aku memang takut kehilangan engkau . Terima kasih engkau terlalu baik untuk aku.
Aku sayang kau . Sayangkauselamanya. MelodhiyAku .

i think , i need you right now . Do you need me?

 I would cross a thousand oceans just to hold you tight
 I would climb a thousand mountains just to be with u very single night
 Dear , I really really MISS YOU SO MUCH :(




* kenapa aku jadi touching tiba tiba nie??? Hurrmm...



dear , looking for you right now .........

Plinnggg!! Someone that i want to share with you:


Plingggggggggggggg!!! Siapa tu ek??? Ha, comfirm tertanya tanya kan korang?? Bukan senang ye saya nak letak gambar org yg bukan2 kat my second diary nie! Hahaha .. FAHRIN AHMAD tu ye ! hahhaa..
Satu je nak cakap , aku sayang ka sampai bila bila tau . Chewaaahh!!  Sesuka hati aku je kan nak cakap macam tu?? Aku pun tak tahu apa yang aku nak cerita pasal mamat dalam gambar nie  . Handsome kan?? Ha la.. sebab speck tu cantek tu yg handsome tu! HAHHAA .. no la, dia mmg handsome tu .
 Kalau aku nak cakap yang aku dah jatuh hati dengan dia masa show kat monorail tu boleh tak? Show kat peneng?? waahh , genting?? Amboiii ... semuanya jauh jauh tau!! korang ada?? tak payah jawab , aku tau dah jawapan korang . Takde kan?? see!!

Ok , iloveyousomuch MelodhiyAku :)

What your problem dear??

Aku nak off dah lappy nie tadi , tapi tiba tiba teringat pulak kat adik aku sorang nie ha . Rasa macam nak tulis pulak pasal dia sorang tu . Hey dear sister , awak kenapa sebenarnya dik?? Sumpah dik , engkau lain dah sekarang . Walaupun akak takde kat rumah tapi akak tau semua pasal kau , dengan siapa kau kuar dengan siapa kau lepak , dengan siapa kau text and macam macam dik . Selalu sangat melawan ayah ngan mama kenapa dik? Kau ingat dorang tu tak ada perasaan ke dik? ha? Sesuka hati mintak duit tanpa arah tuju kenapa? Kau ikut kawan g cc buat apa je dik? Umah kau semua dah ada dik , wifi ada , lappy melambak umah nie dik , ipad apa lagi kau nak? ha? Awak tu baru habis exam pmr dik , akak tau result kau meletop . Tapi jgn la macam nie , melawan mama apa bagai . Aku nak tegur kang kau melawan jugak . Pandai2 kau la pikir dik . Tapi ingat dik , kita bukan org senang tau . Walau apa pun yang kau mintak semuanya dapat tak  bermakna kita nie org senang . Sementara family ada kita boleh la rasa semua tu , kalau mama ayah semua tak ada nanti?? Macam mana dik? ha? Penah tak pikir hal tu semua dik ? Maybe kau terlebih pengaruh kawan2 nie dik, ikut sangat kawan2 kau tu dik . One more things dik , akak tau kau mmg ada masalah kan . Always pikir ayah kan??  busy busy busy! ok , akak paham!
 entah la dik . all the best . akak tak nak kau buat benda bukan bukan nanti dik , ingat mama ayah sayang kau . Kau tolong la jgn melawan doranng . Kau lawan la akak nie pun xpe . Always love u , always give support to you dear sister :)




Terbalik lagi?? Sumpah malas dah nak edit . Love u adik :)

Today ?? 30 Disember , but now is 31 Disember :)

Hey guys!! Assmualaikum !! iloveyou Hagemaru!! chewwaaaahhh ..terus cakap tu! haha.. Hari nie?? Aku macam biasa je , duduk2 kemas rumah layan budak budak!  Actually, tak berapa sihat lagi , ulser aku bengkak lagi tapi kena la lawan kan . Sampai bila pulak la aku nak jadi macam nie lembik je!! Ngerr , then tadi cek result . Aku bukak macam tak ada perasaan je , sebab aku tahu dah apa yan bakal tertulis . So , takde rasa apa2 .. but next sem!! Aku diam diam kan sebelum nie?? xpe , aku ikut je rentak korang . aku dah paham dah macam mana korang . So , dont worry , kita bersaing secara sehat ye kawan kawan .  Huhu , bukan nak ckp apa la kan .. tapi tgok jelah nanti ye . Malas nak pikir la! Masalahnya sekarang , kakak kakak aku abg ayah mama semua dah bukak mulut suruh aku stop ! haaiiihssh! ok , malas nak pikir dah!
 Next , malam aku tengok maharajalawak mega! sumpah aku penat gila gelak . Padahal mulut baru nak elok tu , tapi gelak dah macam apa tah! sakit balik sudah ,..huhuhu..
 Lagi apa ek?? Nie aku tengah confius nak tengok cite apa! tengah layan text ngan Hagemaru si jantung hati . chewaahh!! Bwekkk!! sangat la perasan kan dhiya nie!!
Okeys , mama nites! Hagemaru nite love u!! dila, wawa ,didip azley wahai korang anak anak tansri sekalian miss u so much! Rindu nak hangout ngan korang malu sbb korang punya keta semua besar2 .. Hahha, btw sorry beb sebab hari tu korang ajar kuar aku tak nak kuar . Sorrry sangat2 tau , bukannya apa sbb aku betul2 tak sehat la guys! sory tau , nextimw insyallah k :)



 Gambar senget! bye , aku malas nak edit edit apa bagai . LOVE U MAMA , LOVE U HAGEMARU LOVE U ALLSSS!!

:(

Secara jujurnya , aku mmg tak sangka aku akan dapat layanan yang sangat la baik daripada kau . Mula2 kita langsung tak pernah bertegur siapa pun kan?? Tapi sekarang?? Aku sangat la rapat dengan kau! Allhamdulillaah , terima kasih sebab kau selalu bagi aku semangat untuk terus belajar kat situ . Betul cakap kau aku kena kuat dengan semua nie kan? hhurrm .. sangat la berterima kasiih kat kau!!
Actually , everthing about u i cannot write! seriusly, aku mmg tak boleh nak tulis apa2 pasal kau . Tangan aku sentiasa kejang kalau aku nak tulis pasal kau. Kehadiranh kau dalam hidup aku sebenarnya banyak mengubah aku , banyak mengajar aku dalam pelbagai erti . Menitik air mata aku ni bila setiap kali aku teringat yang engkau sudah ada teman dihati. Tapi aku kuatkan lagi semangat aku nie untuk terus mengenali kau .  Cukup bagi aku untuk menjaga kau dan terus manceriakan hari hari kau . Terima kasih atas segalanya ,  Satu pintaku , jangan pernah lupakan aku walaupun suatu hari nanti engkau tidak lagi ditakdirkan untuk bersama aku . Sememang itu bukan doa dari ku , tapi itu hanyalah permintaan . Aku kena belajar dari sekarang , belajar bagaimana rasanya jika kehilangan orang sebaik engkau , belajar menerima sebarang kemungkinan . Sediakan payung sebelum hujan kan?? Takut aku untuk kehilangan orang sebaik engkau . Siapa la aku untuk memiliki engkau sepenuhnya . Ehh , tiba2 nak touching la pulak aku tengah tengah terlantar sakit nie kat hospital tapi buat relex mcm tak sakit kan? sakit nie kena lawan la dhiya!! Jangan nak dimanjakan sangat sakit tu ye adik manis!!
Aku sangat perlukan kau . terima kasih :)








KENAPA AKU?

SUBHANNALLAAH,dugaan apa yang engkau turun kan untuk hamba mu ini ya Allah .
Sangat berat untuk aku mengatakannya ya ALLAH !!
Kenapa mesti aku yang terasa semua ini?? Kenapa bukan hambamu yang lain Ya Allah??
Mungkin aku hambamu yang sangat bertuah sehinggakan ini yang engkau turunkan padaku ya allah??  Terima kasih ya allaah ,.. aku terima seadanya :)