Heart!

Tidak pernah terlintas difikiran ku untuk melakukan semua ini . Benar , aku tidak mampu menafikan perasaan yang ada dalam hati ini . Benar kata orang dulu kala , tiada siapa yang mampu menafikan kata hati yang sentiasa benar . Hati memang tidak boleh kita nafikan . Siapa tahu isi hati kita? Tiada siapa mampu  mengetahui apa yang ada dalam hati kita .  Hanya orang yang benar benar cinta kan kita sahaja yang boleh membaca isi hati kita , Tapi tidak semua manusia dimuka bumi ini mampu merasai apa itu kata hati yang sebenar .
Hati , ya! Hanya lah  kita yang mampu mengubat hati kita sendiri . Hati orang? Ya! Kita tidak mampu mengupas isi hati seseorang tu . Tapi percaya lah , bila kita sayangkan seseorang itu , rasa cinta mula menghantui perasaan kita dan percaya lah , Nescaya kita mampu mengorek setiap detik kata hati seseorang itu . Tanpa kita sedari , ia akan datang sendiri tanpa kita mengundangnya .

    * Okeys guys! This is my new Cerpen! Half on my synopsis! Ok tak ek? Cerpen kali nie dhiya nak buat pasal hati  . So sekarang memang tengah buat kajian sikit pasal hati dan perasaan ! Maybe cerpen kali nie dhiya banyak ketengahkan isu isu yang dhiya belum pernah buat dalam cerpen !
Harap harap kali nie habis lah cerpen nie , selalu buat tak habis tau asyik tertangguh je . Busy la, apa la .. No idea la! But , now maybe dah ok kot kalau nak buat cerpen . Puisi baru dhiya yang tajuk dia KAU tu dah keluar kat paper! hihihi , sangat la terharu ! Dhiya pun tak tahu , cikgu yang call hari tu cakap pasal puisi tu . Tak sia sia tulis . Hahha , Terima kasih dewan bahasa dan pustaka!
Tapikan , yang sangat la sedih bila dhiya dapat tau yang cerpen MELODI yang dhiya hantar kat DBP tu tak dapat dapat lagi kelulusannya! Huurrmm .. lama dah hantar tapi tak dengar khabar berita lagi . Dari taon lepas hantar , bulan 3 tapi tak tahu la apa jadi . Jangan ada yang copy sudah la . Harap harap cerpen tu kalau dia tak nak keluarkan dia hantar balik kat dhiya la , sebab tak de copy la cerpen tu . Dhiya punya laptop problem time tu then hilang semua . Maybe takde rezeki kot kat cerpen tu . Hii , tak apa . Dhiya ok je!
Errmm .. now , tengah tggu si nik nie ha beli nasik . Sangat la lapar sekarang nie ok .
Esok kelas makyung . Macam mana la aku yang kayu nie nak menari ek!
Llalalllala , esok nak lunch sama sama boleh tak hagemaru? ha? ahhahhaa ..
eh , tiba tiba aku rasa macam nak upload video kat studio tadi . hahahhaaha . Nanti dhiya masukan ok!
Mana la si NIK nie ha ..sangat la lapar!